Friday, March 19, 2010

Bila Hati Dalam Kesedihan...

Memang sedih bila dalam satu masa bnyk masalah yang datang...
ku cuba untuk mengelak..tp ujian drinya kita mmg x boleh hindar..
ku terfikir smpi bila kita nak menangis bila ad shja masalah yg dtg...
tp sekarang tak lagi..ku cuba menjadi seorg anak yang tabah..
seorng kwn yg gembira di hadapan kawan2 nya,
seorng kekasih yg ingin berikan pasagannya kebahgiaan...
apa yg mampu ku buat sekarang, ku x nak menangis lg..
cukupla penderitaan ku dulu...bila bersedih, zikir menjadi pengubat hati..
Al hamdullilah...mmg benar, zikir adalah kekuatan kita..mmg besar kebesaran nya...
Ya Allah ku cuba untuk perbaiki segala kesilapan ku..segala kekurangan ku..
ku cuba untuk menjadi yg terbaik dalam hidupnya..keluargaku..rakan2 ku...
tp ku hanya insan biasa...tiada yg sempurna di mata insan lain...
ku hnya mampu berdoa mereka terima diriku seadanya...
Ya Allah KAU berikanla kekuatan kepada ku...AMIN..

Tuesday, March 16, 2010

when feel lonely..

kenapa hati seseorng itu mudah berubah??
terlalu lama soalan tu bermain difikiran ku sejak kasihmu seakan berubah...
today i got 1 song yang dah lama i nak dgr..siti nordiana-kasihmu seakan berubah..
sometime ku terfikir jgk...terlalu banyak ke salah ku kepadanya...i know..diri ku x sempurna spt apa yg dia inginkan..but i try to be what you want..mmg cinta ini buta..
entah la..skang bnyk benda bermain difikiran...
bila sendirian..suma benda yg ku nak lupa dtg kembali...hate it so much...
kekadang terfikir jgk kan bagus kalu kte dapat delete ingatan yg kte xnak..
xadla complicated sgt hidup nie...
tp tu suma dugaan yg diberi kpd kite untuk kte tempuh...
walau apapun terjadi ku akan cuba bertahan..

Ya Allah ku bersyukur kerana diberi peluang untuk diriku hidup hingga hari ini...dapat merasai kasih sayang darinya..dpt membahgiakan dirinya...ku hanya brharap KAU dapat memberiku peluang merasai kebahgiaan seperti apa yg ku alami malam semalam...

Ya Allah pertama kali dalam hidup, bgn shja dri tido ku menitiskan air mata bahgia.tidaK pernah ku terfikir dapat mengalami mimpi seindah itu...walaupun hanya sekadar mimpi,itu dah cukup buat pagi ku ceria...

Ya Allah, ku sedar diriku bnyak berdosa kepadamu...tp ku hanya insan yg lemah...KAU kuatkanlah pendirianku,teguhkanla imanku,berila ku hidayahmu...ku bermohon kpd mu..

Rindu pada ma n abah kt umah..family ku suma...
rindu kt 'u ' my dear..kt ibu abh..
dah lama sgt rasanya x balik...x sabar nak tnggu cuti..
fade up dgn asgmnt n project yg bnyk sgt..
tetiba malam ni layan lagu raya yg my love suka sgt..
lagu raihan&hujan....mmg sedih bila dengar...tp dpt memberi ku semangat ntuk terus study ...Abby akan balas jasa ma n abah... sayang ma abah sgt...

Thursday, January 7, 2010

life with my love HELMY...


Kali pertama kami berjumpa adalah 1 pertemuan yg x dirancang..walaupun hubungan kami masih baru tetapi diriku sangt selesa dengan nya..Dia insan pertama yg benar2 buat ku rasa dicintai..walaupun pelbagai dugaan yg kami hadapi..tapi sehingga kini hati ku tidak berubah untuknya...hanya dia seorng dihati ku...ku hanya mampu berdoa hubungan kami berkekalan hendak nya...ammin...

lumrah hidup

Kita hidup di dunia ni x selalunya indah...sometimes kita rasa lelaki yg kita telah temui itu adalah insan yg akn bersama kita selamanya..tetapi apa yang berlaku adalah ketentuan illahi...kita hanya mampu sedaya upaya untuk pertahankan hubungan tersebut..kadang-kala hati dan perasaan sesorng mudah berubah..walau kita tetap dgn pendirian kita,tp jika pasangan kita tidak lg mampu memberi kesetiaan nya pada kita tiada gunanya lg sesebuah hubungan tersebut..

Setelah umur menjangkau 22 thn ni..pelbagai dugaan yg telah ku alami...bahagia,sedih,kecewa,..namun tu suma hanya perasaan kita..
Kadang-kala ku rasa sudah xnak bercinta lg..ku takut dikecewakan lg..ku takut untuk menerima lelaki dalam hidup ku..tp sebagai khalifah Allah kita idak boleh menolak kewujudan nya..apa yg mampu ku buat hanya mampu berserah ketentuan Illahi.
.


Time online td tetiba dapat 1 forum ttg tips untuk mengelakkan hubungan menjadi keruh..the sound like good so ku pun baca la...n suddenly like to sharing to u all n nak simpan jadikan panduan untuk myself jgk.. so now its here...if interested to read it..just read..its free and no charges...huhu enjoy your readng...

1. Jangan suka membandingkan
Tiada sesiapa di dunia ini yang suka diperbandingkan dengan sesiapa sahaja. Lebih nahas jika anda cuba membandingkan kekasih hati anda dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih yang pernah bersama dengan kamu sebelum ini. Perbandingan yang anda lakukan sebenarnya mampu mengguris hati si dia sekaligus mengganggu kelancaran perhubungan anda. Sebaiknya, terima dirinya dengan seadanya dan lupakan kisah cinta yang pernah anda jalinkan bersama insan lain.

2. Jangan menipu
Di dalam sesebuah perhubungan, sikap saling mempercayai dan jujur antara satu sama lain sangat dipentingkan. Jika anda selalu menipu dan akhirnya diketahui oleh si dia, sudah pasti si dia tidak akan mempercayai anda lagi. Sekalipun dia memaafkan anda, rasa terluka pasti akan sentiasa bermain-main di dalam jiwanya. Jalan terbaik jangan sekali-kali berbohong walaupun ada ketikanya hakikat yang diterima sangat menyakitkan. Sesiapa sahaja sukakan insan yang jujur untuk mendampingi mereka.

3. Jangan berahsia
Sebagai pasangan kekasih, anda seharusnya mengelakkan sikap berahsia dengan si dia. Sikap yang terlalu suka berahsia kebiasaannya akan membawa kepada penipuan dan akhirnya kecurangan. Oleh itu, di dalam hubungan cinta, cubalah minimumkan kerahsiaan anda dengan si dia. Sikap terbuka yang anda pamerkan sudah pasti memberikan rasa gembira kepada si dia.

4. Jangan lupa hari penting dirinya
Si dia mungkin tidak mengharapkan hadiah mahal daripada anda. Cukuplah sekadar sekeping kad ucapan sebagai tanda anda mengingatinya. Kalau anda seorang yang pelupa, catatkan hari-hari penting si dia di dalam diari dan berikan sedikit kejutan buatnya. Kirimkan sekuntum bunga pada hari bahagianya. Kuntuman bunga itu sudah pasti mampu membuatkan bibir si dia tersenyum bangga sepanjang hari.

5. Jangan mulakan pertengkaran
Jika asyik bergaduh, siapa yang akan tahan. Oleh itu jangan sekali-kali memulakan pertengkaran. Apatah lagi untuk isu-isu yang kecil serta remeh-temeh. Cuba bersikap matang dan berikan peluang kepada si dia untuk memberikan penjelasan. Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda beralah. Selesaikan ketidaksefahaman dengan tenang. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang.

6. Jangan mengongkong
Pada hari ini semua orang keluar bekerja untuk mencari rezeki. Oleh sebab itu jangan sekali-kali anda mengongkong pergerakannya. Jika sekali-sekala dia mahu menghabiskan masa bersama rakan-rakannya, beri keizinan. Sikap anda yang bijak bertolak ansur bukan sahaja amat disenanginya, malah rakan-rakan baiknya juga senang hati dengan perhubungan yang terjalin antara si dia dan anda.

7. Jangan terlalu cemburu
Tidak salah untuk cemburu, tetapi biarlah bersebab. Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Usahlah terlampau cemburu sehingga dia tidak merasa bebas untuk melakukan aktiviti yang digemarinya. Jika anda terus dengan sikap cemburu itu, bersedialah anda untuk kehilangan insan tersayang.

8. Jangan berpura-pura
Usahlah keterlaluan menguji cintanya terhadap anda. Sikap anda yang keterlaluan mungkin akan memakan diri. Bukan semua orang boleh bertahan apabila selalu diuji. Lambat laun pasti si dia akan bertindak meninggalkan anda kerana dia beranggapan anda tidak mempercayai dirinya. Paling teruk jika si dia sudah tawar hati dengan anda. Sudah pasti sukar untuk dipujuk lagi.

9. Jangan tunjukkan rasa bosan
Mungkin anda tidak suka dengan hobinya, tetapi jangan sekali-kali menunjukkan sikap bosan di hadapannya. Sebaiknya anda cuba semaikan sikap meminati aktiviti yang disukainya itu. Lebih baik jika anda dapat bersama-samanya melakukan aktiviti tersebut. Dengan cara itu anda bukan sahaja dapat menarik perhatiannya, malah secara tidak langsung mampu mengawal pergerakan si dia. Maklumlah anda mempunyai hobi dan minat yang sama. Tidak mustahil kawan-kawan anda juga serupa.

10. Jangan menjatuhkan air mukanya
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya secara sengaja ataupun tidak sengaja. Jika anda secara tidak sengaja melakukannya, segeralah meminta maaf apabila anda menyedarinya. Paling penting jangan ulangi kesilapan serupa kerana si dia pasti bosan dengan tingkah laku anda yang agak kasar itu.

Harap kita suma dapat mengelak kan dri melakukan perkara tersebut..jika kita benar menyanyangi insan yg bernama kekasih..cubalah berikan kesetiaan kita terhadapnya.Jika tiada lagi kesetiaan dlm perhubungan,tiada makna lagi kita menyayanginya..bersama la kita renungkan...

Tips untuk hubungan berkekalan

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.

3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.

4. Hormati pendiriannya
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

5. Yakin pada keistimewaannya
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

6. Jangan berprasangka
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.

7. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.
8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.
9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.

That all i get from 1 forum..i just want to sharing with you all..maybe we can do that to make we have a good relationship with the person we love..sometimes we try to be perfect for him, but we cant.. what i can do just be myself..as long as make he know that i love him so much...

Monday, January 4, 2010

my 1st time buat blog....

salam semua...
Dah lama sebenarnya i nak buat blog nie...sekurang2nya boleh jdi tmpt meluah perasaan rite...hihi..today sgt bored..that y i ada msa nak wat benda2 nie...erm now 10.15 pm..i miss someone..but he so buzy wif his work...nak disturb x boleh..so now i berjinak2 la untuk membuat blog..
Hidup jauh gan family ni mmg kekadang memeritkan..i dont knw what to say..but dis night i miss my fmly so much..padahal bru 2 minggu kt cni..hahaha...
Nti sesape yg mengenali i..add la i ok...now bru i rasa..best jgk ble kte ada blog sndri...kte boleh luah apa yg kte nak luah...tp pada sesape yg rasa bosan nak baca tu..xyah la bca k..i buat blog ni just untuk luahan hati je... so,thanks to u all yg sudi visit my page...